Tuesday, December 22, 2009

Mengenali Kutubus Sittah dan pengarangnya.

1.Imam Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardazabah.(194-256 H)

Sahih Al-Bukhari=Kitab yang paling sahih selepas Al-Quran.Kitab ini mengandungi lebih kurang 9000 hadis yang kesemuanya berstatus sahih.Imam Bukhari mengambil masa lebih kurang 16 tahun untuk menyiapkan kitab yang masyhur ini.

2.Imam Abu Al-Husin Muslim bin Al-Hajjaj al-Qusyairi an-Naisaburi.(204-261 H)

Sahih Muslim=Kitab ini mengandungi lebih kurang 4000 hadis sahih yang tidak berulang.Kitab ini Imam Nawawi mengatakan:Para ulama sepakat bahawa Sahih Muslim adalah kitab hadis yang paling dipercaya di samping Sahih Al Bukhari.

3.Imam Sulaiman bin al-Asy'ath bin Ishaq al-Asadi as-Sajastaani(202-275H)

Sunan Abu Daud=Kitab hadis ini mengandungi lebih kurang 4800 hadis.Hadis di dalam kitab ini disusun mengikut bab fiqh.Tidak kesemua hadis dalam kitab ini sahih.

4.Imam Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa ibnu adh-Dhahhak as-Sulami at-Tirmizi(209-279 H)

Sunan At-Tirmizi=Kitab ini juga dikenali sebagai Jami' At-Tirmizi.Di dalamnya terkandung lebih kurang 3900 hadis.Di dalam kitab ini,terdapat beberapa istilah yang jarang digunakan oleh ahli-ahli hadith seperti hadis hasan gharib,hadis hasan sahih,dan hadis hasan sahih gharib.Imam At-Tirmizi telah menyertakan Kitab Al-Ilal pada akhir kitab ini.

5.Imam Abu Abdur Rahman Ahmad bin Syuaib bin Ali bin Bahr bin Sinan bin  Dinar al-Nasai(215-303 H)

Sunan An-Nasai=Kitab ini dikenali sebagai Sunan As-Sughra atau Al-Mujtaba.Kitab sunan ini mengandungi 5761 hadis.Kitab sunan ini adalah kitab yang paling sedikit hadis dha'if di dalamnya berbanding kitab sunan yang lain.Syeikh Al-Albani dan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah mengakui kitab ini tidak terkandung hadis palsu.

6.Imam Abu Abdullah Muhammad bin Yazid Al-Qazwaini.(Ibnu Majah)(209-273 H)

Sunan Ibnu Majah=Kitab ini mengandungi 4341 hadis.Tidaklah kesemua hadis di dalamnya sahih.Hadis di dalam kitab ini yang diriwayatkan dalam Kutubul Khamsah(Bukhari,Muslim,Abu Daud,At-Tirmizi,An-Nasai)berjumlah 3002 hadis.